Jarang sekali aku berbicara tentang prihal buah hati ku. Kini ada "entry" khas untuk dia. Kenapa? Macam biasa, bila dah masuk minggu exam, dari masa aku di Kedah lagi dah ada tabiat ini, "homesick!" tak tentu pasal! Asyik nak ada teman berbicara sahaja. Tak lama exam ni, 2 minggu je.
Friday, October 30, 2009
Merindui Si Bulan
Jarang sekali aku berbicara tentang prihal buah hati ku. Kini ada "entry" khas untuk dia. Kenapa? Macam biasa, bila dah masuk minggu exam, dari masa aku di Kedah lagi dah ada tabiat ini, "homesick!" tak tentu pasal! Asyik nak ada teman berbicara sahaja. Tak lama exam ni, 2 minggu je.
Thursday, October 22, 2009
Gerek seyh! = Basikal seyh!
Kalau imbau balik tahun 2004, masa itu ayah aku dah mula berjinak-jinak main mountain bike. Aku masa itu baru je bertukar-tukar sekolah dari satu tempat ke tempat yang lain sebelum aku ke sekolah berasrama penuh. Bila dok tengok ayah aku main hari-hari mountain bike, ada lah sikit nafsu nak main jugak, tapi aku ego! Kata ku main basikal tak "gerek!". Alih-alih dalam masa sebulan ayah aku dah beli lagi 2 basikal, masa tue ayah ku dah ber"frame Giant", aku cikai-cikai je dia beli, lagi satu untuk adik aku yang baru nak masuk darjah 6 masa itu. Hari pertama, kami bertiga serta rakan-rakan tua dia berbasikal di bukit belakang rumah je, "bukit dinding" dengar nama dah agak gerun, "try ride!" halangan pertama nak naik "intro part" bukit tue dah memang macam dinding! Aku macam biasa, turun dan sorong aja basikalnya kahkahkah... tapi yang menariknya bila tiba di penghujung jalan, iaitu di atas puncak bukit, apa lagi "downhill", bahagian ini memang aku suka, boleh terbang-terbang katanya. Zaman itu begitu singkat bagi aku, bila aku dah jarang balik rumah kerana aku dah bersekolah jauh dan kesempitan masa untuk ber"SPM". Jadi dua-dua basikal dijual! "demn!".
Itu cerita 2004, kita bukak cerita 2009. Selepas beberapa seketika aku berhenti bersukan dari "skate" dan "MTB", badan pun kian meningkat sihat. Rakan-rakan yang terdekat "introduce" aku dengan benda baru, racun gak! Tanya ayah aku, " Tak, gerek lah main fixed! ", balas ku, " Biasalah bah, hobi orang muda-muda! ". Asalnya nak cari "frame" basikal tua, tapi takpe, nak ada usaha sikit. Ayah aku berkata lagi, " Ko simpan sikit duit ko, nanti abah tambah! ". Senyum aja aku sepanjang hari :D.

Letih
Dah masuk 2 ke 3 malam jugak aku dok bersengkang mata, niatnya nak buat persediaan "final!". Kelas takde pulak yang dah habis, banyak yang kata nak kasi "tips!". Hujung-hujung pembelajaran emosi agak tidak tenteram, mana tak nya, kalau markah "coursework" macam haram. Dah boleh rasa-rasa dah kalau-kalau ada "repeat paper!". Sifat malas masih lagi menular dalam hati hitam aku ini. Dah rasa macam nak "give up!" pun ada, nak buat macam mana, dah nasib badan. Kalau bunuh diri ke Neraka pulak katanya. Nasihat "lecturer", kalau ada rezeki insyaALLAH lepas!
p/s: muka dah macam "zombie" kampung pisang dah nih! (bila nak abis exam ni woooi!)

Monday, October 19, 2009
Perkasam
Sunday, October 18, 2009
Minuman percuma dan bukan Bom percuma

Bila duduk semeja, sembang-sembang tambahan pula pekene air kopi 'o' suam. "Tup tup" idea dari sahabat terdekat sampai, bukan main ideanya, sungguh bernas dan amat diterima akal. Satu buah idea yang tidak perlu disia-siakan. "central idea", nak ajarkan orang ramai tentang hak mereka dengan hanya memberi air percuma. "Food Not Bombs" hanya sekadar garis panduan, ramai lagi dah pakai nama seumpa ini, contoh: "art not bombs", "home not jails", "breast not bombs", "bike not bombs", dan macam-macam lagi, ringan-ringankan tangan cari info ye :D. Untuk projek masa cuti sekolah :D
Saturday, October 17, 2009
"Aku tengok kau macam tak kesah je?"
Banyak kali sudah pertanyaan sebegini rupa diajukan kepada aku. Aku tanpa rasa tersinggung akan menjawabnya dengan seberapa sopan dan professionalnya aku. Tolak tepi soal emosi, jawab ikot rasional. Ramai dok tanya secara "private" bila bersama aku berdua-dauan atau kadang kala secara berkumpulan. "Faisal, aku tengok ko nih, macam relax je!", "Faisal, pointer ko berapa? Ko macam tak belajar je!", dan ada yang macam ini pula "Aku tengok ko nih macam takde keje! kesana kemari memanjang!", lebih teruk "Faisal, ko nih macam sampah je!".
Tarik nafas panjang-panjang dan hembus, aku jawab " kalau ada rezeki aku kat sini, ada lah! Kita dah usaha, tuhan tentukan! ". Bagiku, setiap pekara yang berlaku sudah diatur dan ditetapkan, macam main pengembaraan dalam komik "doraemon" dulu-dulu, kita sentiasa ada pelbagai pilihan, yang mana satu kita pilih itu terpulang, yang pasti pengakhiran cerita sudah pun diatur. Kenapa tuhan letak kita kat tempat kita sekarang? Barangkali Ia ingin kita berjumpa seseorang, mungkin Ia mahu kita mempelajari sesuatu, dan mungkin juga Ia hendak sesuatu berlaku.
"Faisal, jom solat!", biasa dah orang sindir aku sebegini rupa. Soalan yang sungguh sulit dan tak patut ditanya. Hubungan kita dengan tuhan adalah bersifat indivisualistik, ia berhubung kait sejauh mana kita mentafsir agama itu sendiri, kita tak layak menghukum seseorang, syurga neraka kafir murtad orang itu terletak di tangan tuhan. Persoalan agama dan tafsiran agama adalah sungguh "private!". Usah terlalu "judgemental" sangat.
"Faisal, ko relax je! macam mana ko belajar?". Aku bukan lah pandai sangat nak di bandingkan dengan rakan-rakan seperjuangan aku, kalau diberi nombor dalam kelas, aku mungkin mengisi tempat kosong untuk nombor-nombor terakhir. Aku banyak belajar dari orang-orang yang terdekat yang mana aku gelar mereka sahabat, aku sayang dan sangat bersyukur ada sahabat yang sebegini rupa.
"Ko nak jadi apa dah grad nanti?". Sesiapa pun yang aku jumpa mesti ada tanya soalan yang sebegini rupa. "Biarlah tuhan tentukan, mana yang ada itu lah pekerjaan ku!". Aku pilih untuk menjadi manusia yang tidak banyak "songeh", tak banyak "cekadak", aku dibesarkan dengan cara sebegitu rupa, kemewahan bukan menjamin kebahagian, jauh sekali cinta kepada tuhan. Aku ingin mengembara untuk mengenal erti hidup, aku biarkan diriku dihanyutkan dengan arus qadar & qada.

Subscribe to:
Posts (Atom)